Laman Web Rasmi Library2U @MITI

SEJARAH

Sejarah

Perpustakaan MITI

Pusat Sumber MITI ditubuhkan pada tahun 1975 dan sejak itu berkembang menjadi sebuah perpustakaan yang kukuh hingga ke hari ini. Pusat Sumber MITI berada di bawah seliaan Kementerian Perdagangan dan Industri dan dikenali sebagai Perpustakaan Pusat. Pusat Sumber MITI menjadi sebahagian daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang baru ditubuhkan apabila kementerian tersebut terbahagi kepada dua kementerian iaitu: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada bulan Oktober 1990. Pada 31 Oktober 1991, nama Pusat Sumber MITI secara rasmi digunakan. Pada 1 April 2015, dengan transformasi MITI, nama Pusat Sumber digantikan dengan Bahagian Pengurusan Pengetahuan dan Maklumat Digital (PIMD).